selamat pagi!!
bulan lepas saya berpeluang ke Australia...
di Horsham, saya singgah ke Maker's Studio and Gallery yang menjual pelbagai barangan seni (dari lukisan, aksesori, gambar.. sampai lah ke kad...macam-macam ada). ramai artist yang hantar artwork kat situ..untuk dijual... saya yang agak obses dengan rama-rama, tertarik dengan sekeping kad "handmade". saya tertanya-tanya bagaimana rama-rama itu dibuat....unik....saya ada rakam gambar kad tu tapi tak dapat nak upload....
my aunt paying for a drawing...pelukis tu kawan dia.
with Lauren....she gave us those pens (painted by herself)
kemudian, saya sempat singgah ke National Art Gallery of Australia dan Potrait Gallery di Canberra...agak pelik sebab saya tak pernah lagi melawat mana-mana galeri seni sebelum itu..apatah lagi di Malaysia....
saya terjumpa sesuatu yang menarik di supermarket WoolWorth (kalau tak silap saya begini ejaannya..hehhe)..istilah apa yang perlu saya gunakan di sini ya.....hiasan untuk kraftangan sudah tersedia di jual di sana...hanya perlu ditampal saja pada kad atau apa saja yang kita mahu...tak perlu susah-susah nak gunting kertas.....nak tulis lagi....kekemasan juga terjamin jika guna barang ready made seperti itu...harganya juga sangat murah...
glass charms ini boleh dijadikan hiasan untuk kad atau bookmark.....juga boleh dijadikan rantai atau gelang....
handmade tags??? bukan "kilang" made ke...heheh
inilah dia rahsia salah seorang artist di horsham tu rupanya.......hiasan rama-rama ini lah yang saya lihat pada kad tu....dan saya masih belum faham macam mana nak gulung kertas tu...hehe
crystal stickers
saya sedikit keliru dan tertanya-tanya....apakah istimewanya sesuatu karya itu kalau semuanya boleh didapati di kedai dengan mudah...dan banyak....seperti tags dan stickers di atas....semua itu dari kilang, bukan? jadi mana datangnya istilah "handmade" kalau ia sudah 100% siap dihasilkan oleh mesin? sebenarnya saya suka juga benda-benda tu...memudahkan kerja....dan kemas...cuma kreativiti agak terbatas.....
jika kad yang dikatakan "handmade" dengan hiasan-hiasan yang boleh dibeli dengan mudah dari kedai itu dijual dengan harga $4 (darab 2.7 pertukaran wang Msia~itu currency masa saya pulang 27 may lalu..)....berapa agaknya harga kad yang saya lukis dan hias itu? saya perlu gunting dan lukis sendiri kertas-kertas tu....ada masanya saya lentur dawai lembut menjadi huruf-huruf dan bunga.....semuanya kena fikir sendiri.....
No comments:
Post a Comment