Pada garis horizon semalam kulihat pembahagi jelas antara merah dan biru belumlah ku terjemahkan makna terjerat dibenakku hari ini ketemu hujan klorofil berguguran menimpakan hijaunya keatas hijau hijauan dedaunan melurut tanggal dari rantingnya sehingga gugur tanpa hijaunya lagi menyembah bumi dalam pilu menderu maka bersaranglah pada dadaku terjemahan cukup trajis dalam faham benak ku seorang yang bimbang nak ku kongsikan jadilah aku sebuah pulau sendiri seperti dirimu jua anak ku yang seronok dengan sendiri pada indahnya fantasi tersendiri.
2 comments:
Pada garis horizon semalam
kulihat pembahagi jelas
antara merah dan biru
belumlah ku terjemahkan
makna terjerat dibenakku
hari ini ketemu hujan klorofil
berguguran menimpakan hijaunya
keatas hijau hijauan dedaunan
melurut tanggal dari rantingnya
sehingga gugur tanpa hijaunya lagi
menyembah bumi dalam pilu menderu
maka bersaranglah pada dadaku
terjemahan cukup trajis
dalam faham benak ku seorang
yang bimbang nak ku kongsikan
jadilah aku sebuah pulau sendiri
seperti dirimu jua anak ku
yang seronok dengan sendiri
pada indahnya fantasi tersendiri.
terima kasih uncle....kerana sudi untuk menghayati :)
Post a Comment